Followers

visitors since May 2013

Saturday 30 December 2017

Tenggelamnya Kapal Van der Wik

Terasa ingin menulis setelah melihat keseluruhan cerita tersebut. Aku takut kisahku juga seperti Zainuddin dan hayati. Tidak berkesudahan. Aku takut menanggung kedukaan seperti mereka.

Allah rasa itu bercampur baur, tidak tergambar. Walaupon aku tidak yakin, akan tetapi, aku selalu menitipkan doaku untuk dia yang kusedar kucintai pabila berjauhan, tidak bersua mata. Ingin ku khabarkan hasrat hatiku, tapi apakan daya, perasaan maluku sebagai perempuan mengatasi. Walaupon diakatakan konservatif, tetapi itulah sebenarnya aku. Luaran  moden, dalamannya konservatif.

Ada yang ingin disampaikan melalui karya Buya Hamka ini dan aku tertarik pada skrip Zainuddin di akhir cerita,

"Ramai yang berkata ini adalah hikayat cinta Zainuddin dan Hayati. Namun bagiku sendiri, ini adalah hikayat kebangkitan sejati. Tentang anak manusia yang jatuh tapi memilih untuk bangkit, lalu ia jatuh lagi tapi ia memilih untuk terus bangkit lagi. walaupun berkali-kali jatuh, Zainuddin memilih untutk terus hidup, bangkit dari kesedihannya

Kejatuhanmu bukanlah awal dari kesedihamu, tetapi awal dari kebangkitanmu. Jangan pernah biarkan kesedihan dan keduakaan masuk ke dalam dirimu "

Ia benar, jangan biarkan kesedihan menangguk di dalam diri kita. Sebaliknya jadikan ia satu titik kebangkitan dari kejatuhan yang menimpa. Ya, aku tahu persis rasa itu kerana aku juga mengalami apa yang dilalui Zainuddin bezanya dia bangkit melalui kekasihnya tapi aku berazam untuk bangkit dari kehilangan ahli keluarga yang aku sayang.  

Sudah lama ingin aku coretkan kerna aku tidak punya sesiapa untuk diluahkan bimbang disalah ertikan. Jadinya aku memilih untuk berkongsi di ruangan ini unutk berkongsi rasa yang aku pasti turut dirasai oleh orang- orang yang mengalami aturan Tuhan persis diriku ini. 
Dan kerna perasaanku sediki lega apabila diluahkan melalui jalan seperti ini.  

Akhir kalam, maafkan daku atas kecelaruan penulisan yang tidak berfokus kepada topik dan susunan penulisan yang berterabur.

Image result for tenggelamnya kapal van der wijck buku hamka


Friday 17 March 2017

Jatuh motor

.:Bismillahirrahmanirrahim:.





Kalam hari ini dimulakan dengan bismillah memandangkan entri semalam lupa dibaca. Ampunkan dosaku ya Allah. Sebak menghuni lagi. Entah apa dosa atau teguran yang Allah mahu tunjukkan sekali lagi tragedi yang pernah dialami berlaku juga ditempat yang sama.


"Eh dah lewat ni, 3 minit lagi nak 2.30pm dah. Dijah ngan aisyah kelas kan? "

"Haah la, lupa kelas harini Dr awalkan, ...."

"Kalau macam tu, kita habis usrah kat sini jela harini. Aisyah amik balik neh. Moderator. "

"Okey, ada apa-apa lagi sahabat-shabat lain nak tambah?!  Kalau takde apa-apa kita tangguh usrah kita minggu depan pulak insyallah. Kita tangguh usrah kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr. "

"Doa rabitah taknak baca ke?"

"Takpela dijah, harini tak sempat dah.."

Sejurus habis tasbih kafarah dibacakan, aku terus menggapai beg, botol air dan terus bergegas ke parkir motorsikal yang terletak di belakang Fakulti Quran Sunnah.
"Alah, kenapalah letak kat sini. kan jauh nak jalan. Dah la lewat lagi ni. ..." monologku di dalam hati. Tanpa membuang masa, langkahku lajukan. Sejurus sampai ke parkir motor, kunci terus dimasukkan ke sarangnya dan motor Kriss terus ku hidupkan laju.

Laju motor itu mendesup keluar ke jalan utama menujukan tunggangan ke Fakulti Syariah Undang-undang. Dr. Hafiza sedang menunggu untuk kuliah Food Biotechnology di sana. Sejurus sahaja simbolik FSU kelihatan di pandangan, terus, motorku perlahankan. Tapi entah kenapa, terasa tidak kesampaian untuk motorku memasuki simpang tiga tersebut. Allah, macam tak muat je ni. Mataku pejam dan celik beberapa kali. Motor cubaku kawal supaya tidak jatuh. Tapi malang nasib, motor berjaya dikawal dari jatuh sedangkan handle dipulas makin kuat. Segalanya hilang kawalan. 

Motorku terpandu tanpa kawalan menaiki bukit pembahagi jalan sebelah kiri. Allah allah allah, mataku pejam. Motorku hilang kawalan dan terjatuh ke belakang. Aisyah dengan keretanya yang dah mendahului di depan memhentikan keretanya dan turun dari kereta untuk melihat keadaan aku. Ada juga beberapa orang rakan sekelasku yang lain sempat melihat kejadian tersebut. 

"Dijah, okey tak ni? " Suara kebimbangan menjalar. "Oh, okey okey..." masih terkejut dengan kejadian yanag berlaku dalam sekelip mata. Datang pakcik polis dari arah bangunan Permata Insan. Barangkali dia nampak motor aku mendaki bukit yang menempatkan lambang FSU itu mungkin. Ditanyanya "tak sempat belok ke?" "Haah pakcik, saya terpulas kuat handle masa nak kawal motor tak mboh bagi jatuh. "

"Okey, okey. Takde pape kan? "

"Haah, takde pape pakcik, tapi motor saya mcm bau minyak."

"Ohhh, minyak tumpah sket tu kott. Cuba try start elok tak?"

Kawan-kawan yang melihat dari kejauhan mulai bersurai. Dengan rasa yang tak percaya aku hidupkan kembali enjin menuju ke ruang parkir yang terletak berdekatan DKP. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke kelas. Masih membayangkan insiden yang baru berlaku. Dr. Hafiza dah memulakan kelas tapi aku tak dapat memfokuskan kepada pegajaran beliau, masih juga mengingatkan kejadian tadi. Ni kalau ayah tahu ni mahu kena marah teruk. Alih-alih tak kasi bawak motor dah. 

 Alhamdulillah. Allah masih selamatkan aku dari kemalangan. Alhamdulillah ya Allah. Entah apa lah dosa aku hingga diingatkan Allah sedemikian rupa. Adakah sesuatu yang aku melampaui batas? Hakikatnya banyak. 

Semoga aku, kau, kita masih diberikan kesedaran tentang dosa yang dilakukan,
Moga Allah tetapkan aku, kau, kita teguh di jalan yang sebenarnya,

Moga Allah ampunkan aku, kau...

KITA. 

Ameen Ya Rabbal Alamin.