Followers

visitors since May 2013

Friday 17 March 2017

Jatuh motor

.:Bismillahirrahmanirrahim:.





Kalam hari ini dimulakan dengan bismillah memandangkan entri semalam lupa dibaca. Ampunkan dosaku ya Allah. Sebak menghuni lagi. Entah apa dosa atau teguran yang Allah mahu tunjukkan sekali lagi tragedi yang pernah dialami berlaku juga ditempat yang sama.


"Eh dah lewat ni, 3 minit lagi nak 2.30pm dah. Dijah ngan aisyah kelas kan? "

"Haah la, lupa kelas harini Dr awalkan, ...."

"Kalau macam tu, kita habis usrah kat sini jela harini. Aisyah amik balik neh. Moderator. "

"Okey, ada apa-apa lagi sahabat-shabat lain nak tambah?!  Kalau takde apa-apa kita tangguh usrah kita minggu depan pulak insyallah. Kita tangguh usrah kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr. "

"Doa rabitah taknak baca ke?"

"Takpela dijah, harini tak sempat dah.."

Sejurus habis tasbih kafarah dibacakan, aku terus menggapai beg, botol air dan terus bergegas ke parkir motorsikal yang terletak di belakang Fakulti Quran Sunnah.
"Alah, kenapalah letak kat sini. kan jauh nak jalan. Dah la lewat lagi ni. ..." monologku di dalam hati. Tanpa membuang masa, langkahku lajukan. Sejurus sampai ke parkir motor, kunci terus dimasukkan ke sarangnya dan motor Kriss terus ku hidupkan laju.

Laju motor itu mendesup keluar ke jalan utama menujukan tunggangan ke Fakulti Syariah Undang-undang. Dr. Hafiza sedang menunggu untuk kuliah Food Biotechnology di sana. Sejurus sahaja simbolik FSU kelihatan di pandangan, terus, motorku perlahankan. Tapi entah kenapa, terasa tidak kesampaian untuk motorku memasuki simpang tiga tersebut. Allah, macam tak muat je ni. Mataku pejam dan celik beberapa kali. Motor cubaku kawal supaya tidak jatuh. Tapi malang nasib, motor berjaya dikawal dari jatuh sedangkan handle dipulas makin kuat. Segalanya hilang kawalan. 

Motorku terpandu tanpa kawalan menaiki bukit pembahagi jalan sebelah kiri. Allah allah allah, mataku pejam. Motorku hilang kawalan dan terjatuh ke belakang. Aisyah dengan keretanya yang dah mendahului di depan memhentikan keretanya dan turun dari kereta untuk melihat keadaan aku. Ada juga beberapa orang rakan sekelasku yang lain sempat melihat kejadian tersebut. 

"Dijah, okey tak ni? " Suara kebimbangan menjalar. "Oh, okey okey..." masih terkejut dengan kejadian yanag berlaku dalam sekelip mata. Datang pakcik polis dari arah bangunan Permata Insan. Barangkali dia nampak motor aku mendaki bukit yang menempatkan lambang FSU itu mungkin. Ditanyanya "tak sempat belok ke?" "Haah pakcik, saya terpulas kuat handle masa nak kawal motor tak mboh bagi jatuh. "

"Okey, okey. Takde pape kan? "

"Haah, takde pape pakcik, tapi motor saya mcm bau minyak."

"Ohhh, minyak tumpah sket tu kott. Cuba try start elok tak?"

Kawan-kawan yang melihat dari kejauhan mulai bersurai. Dengan rasa yang tak percaya aku hidupkan kembali enjin menuju ke ruang parkir yang terletak berdekatan DKP. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke kelas. Masih membayangkan insiden yang baru berlaku. Dr. Hafiza dah memulakan kelas tapi aku tak dapat memfokuskan kepada pegajaran beliau, masih juga mengingatkan kejadian tadi. Ni kalau ayah tahu ni mahu kena marah teruk. Alih-alih tak kasi bawak motor dah. 

 Alhamdulillah. Allah masih selamatkan aku dari kemalangan. Alhamdulillah ya Allah. Entah apa lah dosa aku hingga diingatkan Allah sedemikian rupa. Adakah sesuatu yang aku melampaui batas? Hakikatnya banyak. 

Semoga aku, kau, kita masih diberikan kesedaran tentang dosa yang dilakukan,
Moga Allah tetapkan aku, kau, kita teguh di jalan yang sebenarnya,

Moga Allah ampunkan aku, kau...

KITA. 

Ameen Ya Rabbal Alamin. 

No comments:

Post a Comment