Followers

visitors since May 2013

Wednesday 12 December 2012

Yakin dengan janji Allah....=)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....

Sudah lama aku tak menulis....dan hari ney Alihamdulillah dengan izinNya aku dapat menge'post'kan satu post setelah agak lama SPM berlalu..... ada sesuatu yang berlaku kepada aku hari ini dan aku amat sedih....tapi aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya....


ayat 86 & 87: YusufMasa buka internet tadi...selepas round-round kat facebook...tiba-tiba  aku teringat yang midah dan husna kena pergi temuduga UTP esok dan Allah gerakkan hati aku untuk buka permohonan UTP yang juga aku mohon... aku tak mengharapkan apa-apa sebab setahu aku hanya tiga orang je budak sekolah aku yang dapat temuduga tu...
Dan kalau diikutkan dengan result trial aku yang tak berapa memberangsangkan memang tak logikla kalau aku dapat tawaran tu...aku punmasukkan jelaemail dan password aku kat situ...dan aku amat terkejut sebab aku diterima untuk temuduga tu.... Alhamdulilah rezeki aku ada tetapi tarikh temuduga tu adalah esok..... memang tak sempat kalu nak pergi....
Tapi kalau difikir-fikirkan balik mana lagi aku nakcari peluang macam ni...bukan senang...result SPM pon entah macam mana....aku tak tahu nak pergi ke tak...aku pon bincang ngan mak dan ayah aku....memikirkan kemungkinan2 kalu aku pergi temuduga tu...mula masuk UTP bulan satu  dan bulan satu aku kena menghadirkan diri di PLKN Cenderawasih....borang-borang semuanya belumprepare lagi...temuduga tu pun tak prepare apa-apapun..akhirnya aku memutuskan untuk menolak twaran tersebut...
Sedih tu memang ada tapi aku tahu Allah dah aturkan segala yang terbaik untuk hamba-hambanya .... Kita kena percaya yang setiap yang berlaku ada hikmahnya... dan aku percaya setiap yang berlaku kepada aku ada hikmahnya... jangan engat kita terlepas satu...kita terlepas semuanya...

  SURAT JEMPUTAN MENGHADIRI EDUCAMP (KEMASUKAN JANUARI 2013)    Tarikh Pengesahan: 12/12/2012                                                                                                                        Ref no:68805
Nama: :  KHADIJAH BT EMBONG
Kad Pengenalan / Pasport: :  
Jantina :  PEREMPUAN
Sesi EDUCAMP: :  13/12/2012
Masa: :  7.30 pagi
Tempat: :  Dewan Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS
Status: :  BERJAYA UNTUK MENGHADIRI EDUCAMP - KEMASUKAN JANUARI 2013              
Pengesahan: :  TOLAK
  PENGESAHAN PENERIMAAN
  NOTA PENTING :
  1. Keputusan panggilan ke UTP EDUCAMP bagi permohonan kemasukan Januari 2013 ke UTP bagi pelajar lepasan SPM 2011 & SPM Percubaan 2012 / STPM / Diploma / Matrikulasi dan kelayakan yang setaraf dengannya.
  2. Pemohon-pemohon yang telah memohon, sila semak status permohonan anda dilaman web ini bermula dari 21 November - 5 Disember 2012.
  3. Sila pastikan anda mengingati Alamat Email DAN Kata Laluan anda ketika memohon tempoh hari untuk mengakses kembali sistem ini.
  4. Pengesahan dan pembetulan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 5 Disember 2012..
  5. Pemohon-pemohon dikehendaki memuat turun panduan EDUCAMP. Dapatkan panduan Educamp untuk SEMENANJUNG / SABAH / SARAWAK
  6. Sila cetak halaman ini sebagai bukti panggilan ke UTP EDUCAMP kemasukan Januari 2013 dan bawa bersama pada hari temuduga seperti yang tertera di atas.
  7. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan UTP EDUCAMP, sila hubungi pegawai-pegawai kami di talian 05-368 8333 / 8407 / 8346 / 8359 / 8345 / 8406 / 8403 / 8153 pada waktu pejabat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat (hari bekerja sahaja).
***Surat ini tidak memerlukan tandatangan***
  PENAFIAN
  1. Universiti Teknologi PETRONAS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
  2. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

        

No comments:

Post a Comment