Followers

visitors since May 2013

Wednesday 24 April 2013

Hijab Protection Programme~ [ cover your head is better]

Source : I Love You Stupid by Rehan Makhtar.



Bertudung....sape kat sini tak tau ape maksud bertudung?...tipulahkan kalau tak tahu..hurm semua yang beragama islam dah didedahkan dengan istilah tudung ni sejak kecil lagi...jadi kalau saya cakap pasal bertudung mesti dah ada gambaran seorang perempuan yang memakai tudung dalam kepala kalian kan..hurm cantik tak?...hee~=)

Apa hukumnya memakai tudung bagi wanita beragama islam?

wajib berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 & al-Ahzab ayat 59



a




Tapi kenapa masih ramai wanita beragama islam tidak bertudung?


"saya nak pakai tudung bila sampai seru, bukan kerana disuruh,...hati saya belum terbuka,"
sampai seru bermakna apabila Nabi Muhammad s.a.w diutus sebagai Rasul kepada seluruh umat. Ajaran baginda melata jauh hingga ke seluruh pelosok alam dengan berbagai bangsa, agama menganutnya...Mustahil segala seruan baginda tak sampai lebih-lebih lagi di alam siber sekarang.
ketika ayat pertama yang memerintahkan aurat ditutup dibacakan oleh baginda, muslimat segera mencapai apa saja kain di sekeliling mereka sehingga kain langsir pun direntap, asal ada apa saja untuk membalut anggota tubuh yang wajib ditutup.

"alah bertudung tak semestinya masuk syurga"
benar, tapi kalu tak bertudung lagilah tak masuk syurga... 



"walaupun saya tak bertudung, saya tak seksi ,pakaian saya terjaga malah saya lihat mereka yang bertudung itu lebih teruk pemakaiannya dari saya. Ketat, tudung mereka pendek, bersanggul tinggi seperti bonggol unta dan bercouple. Tapi, saya tetap solat"
Setiap perintah Allah kita wajib taat. contohnya kita pilih nak puasa tapi tak nak solat. Tak boleh macam tu. Tak sempurna.Ibarat macam rumah.Ada bumbung tapi takde tiang...Ada tiang, ada bumbung tapi takde tapak. Runtuh nanti rumah tu dan tak selamat untuk didiami. Seruan islam telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak dulu lagi. 
Jadi tak timbul isu belum mendapat seru bahkan kita penganut islam dari dulu lagi dan kelahiran kita disambut dengan azan dan iqamat di kedua-dua belah telinga. Lebih dari seru yang kita dapat.
 
"saya tak nak bertudung kerana mereka yang tidak bertudung lebih baik daripada mereka yang bertudung.Tidak ada bezanya."
Kenapa melihat contoh yang tidak baik? Kenapa tidak melihat kepada mereka yang menutup aurat dengan sempurna .Bertudung dan menutup aurat dua perkara yang berbeza.Bertudung hanya meletakkan tudung atas kepala, buat syarat je. Yang lebih tepat sebenarnya menutup aurat dengan sempurna.
Syaitan suka bertenggek di atas punggung dan dada perempuan bila mereka keluar rumah. Oleh itu, tudung haruslah dilabuhkan dan pakaian haruslah melepasi paras punggung, menutup dengan sempurna. Tidak nipis tidak ketat.
Sayang ayah? abang? adik? Tangggungjawab mereka memastikan kita menutup aurat dan menjalankan perintah Allah keseluruhannya. Bila Malaikat Izrail mencabut nyawa,bila Munkar Naqir menyoal, petahkah kita menjawab? Tepuk dada tanya iman...kalau sayang baik tutup...kita tak nak orang yang kita sayang turut terheret kerana dosa kita..

Budak kecil pun pandai...kita?



saya suka gambar ni..kecik-kecik da pakai purdah...so cute...^_^


Bila bertudung , kita rasa selamat, kerana tidak diganggu,
dihormati kerana kebaikan dan kesopanan

Green is the colour of syurga
Jangan mencari dalih untuk tidak melaksanakan suruhan-Nya harus bersegera kerana ajal bila-bila masa sahaja....fikirkan....tindakan kita menutup aurat lebih menyelamatkan ramai orang lebih-lebih lagi yang tersayang, ayah, diri sendiri, keluarga,lelaki lain yang melihat kita...
Maruah dan keperibadian juga akan dijulang tinggi. Terjaga di bawah keagungan islam. islam memuliakan wanita jadi kenapa kita mencampak kemuliaan itu. 

Peace with iman

Sayang..cantik tapi lagi cantik kalau menutup seperti mutiara dalam cangkerang tiram.Sampai masanya dikeluarkan dengan nilai dan harga yang tinggi menjadi rebutan dan sanjungan bangsawan. Sama juga dengan diri kita. Hanya lelaki beriman dan terbaik memiliki dirimu....seorang lelaki yang baik pasti memilih perempuan yang baik. Tidak sukakah kamu suami yang baik dan beriman yang akan membimbing ke pintu syurga dan kamu menjadi ratu bidadari.Bidadari akan mengelilingi kamu seperti bulan dipagari bintang...

gambar hiasan je


Lebih baik kita memakai pakain yang ketinggalan zaman daripada kita memakai pakaian umat akhir zaman....saya harap entri ni dapat memberi sesuatu buat kamu walaupun sikit...that is all for now...Waallahu'alam

No comments:

Post a Comment