Followers

visitors since May 2013

Tuesday 9 April 2013

^^,...I LOVE YOU STUPID (ILUS)

Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku

I Love You, Stupid! atau lebih glamour ILUS....hee~ karya MELUR JELITA....
Haa...hari ni saya nak citer sal novel ni la...novel baru terbitan Karya Seni bulan Disember 2012..fresh novel lagi la ni...hurm first book in my blog...=)
before that let's intro first...
  • m/s:1389
  • pengarang: Melur Jelita
  • terbitan :Karya Seni
  • tahun terbitan: 2012
  • fiksyen
  • genre: dakwah, kehidupan, romantik, komedi
Cuba teka novel ni pasal apa....hurm mestilah pasal cintakan...dah terang2 tajuk dia ILUS...sape la yang stupid sangat tanya soalan yang dah terang2 tahu...

Hurm memang la tajuk dia ke'cinta'an sikit...jangan salah faham bukan saya nak buat gempak tapi.....novel ni memang lain dari yang lain....
novel ni bukan cerita sangat pasal cinta...don't judge a book by its cover...sya ni memang kaki novel semua saya layan...yang kenal saya tahu la macam mana saya baca novel....
Sepupu kesayangan saya pun serupa macam saya...Fadhilah nama dia...dia yang kenalkan novel ni kat saya tapi bukan dia punya...kawan dia merangkap kawan saya yang punya...Hayatul Farah...thanks 4 lending the book..
cover depan ILUS
Eh, dah melalut dah ni...hurm novel ni merupakan kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang..Watak utama dia Iris Nur...hero dia pulak Firman Ebrahim....cinta tu ada la sikit tapi saya suggest kat korang baca buku ni....Kisah penganut islam di Kemboja@  Cambodia..memang tragis macam mana rakyat Kemboja pada zaman pemerintahan Pol Pot mempertahankna islam dalam diri dan hidup mereka dari hilang...diseksa dengan kejam .Kisah ni macam Mustapha Kamal Antartuk pada zaman kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyyah dulu sebab Pol Pot dapat memerintah sebab ada rakyat dia yang belot....

Iris yang menggelarkan dirinya diva pergi ke Kemboja atas misi menyampaikan dan memastikan derma danbantuan dari Malaysia kepada muslim di Kemboja...di sana Firman diamanahkan untuk menjadi PA Iris...tapi sebenarnya Iris mempunyai misi utama dia kenapa dia datang ke Kemboja...masakan seorang gadis yang hidup dalam kemewahan sanggup datang ke Kemboja negara yang penuh kedaifan semata2 untuk menjadi sukarelawan...segala perkara yang berlaku terhadap Iris telah mematangkan dirinya tentang kehidupan...memnyedarkan dia tentang agama islam...tentang perasaan cinta yang sebenar2 cinta...
Macam mana  nak survive hidup di tempat yang serba kekurangan...macam mana nak mandi sedangkan tiada bilik air...macam mana nak makan sedangkan tiada duit...kita lebih belajar menghargai bila ditimpa kekurangan...dan kita akan belajar mencintai sesuatu apabila merasai kehilangan...syukuri apa yang ada hidup adalah anugerah
sinopsis pendek
MELUR JELITA...pengarang novel ni...meh nak citer sikit pasal dia...
dia merupakan lulusan Usuluddin di Universiti Malaya tahun 1993. bekas pensyarah, kaunselor, warden dan penasihat badan pelajar islam dan badan disiplin serta tatatertib. Penulis ini pernah berkhidmat dgn NGO Bdn Dakwah di Regional Islamic South East of Asia Pacific atau RISEAP, kemudian meletakkan jawatan kerana mengikut suami bertugas. Kini merupakan seorang surirumah sepenuh masa...(berdasarkan Citra Penulis)
from the side^_^
Novel ni boleh kata macam satu novel kesedaran la bagi saya..dan saya lebih memahami satu perkara iaitu belajar dan mesti CINTAKAN TANAH AIR...dulu bagi saya saya tak berapa penting untuk kita cintakan tanah air dan saya kurang  faham tentang perkara ni dan saya tak nak memahaminya...tapi setelah menyertai PLKN.. saya mula memahami kepentingan cintakan tanah air...tambah2 lepas baca novel ILUS... Negara umpama ibu tempat lahir, pelindung dan penjaga kita.sesiapa yang tidak menyayangi negara umpama dia tidak menyayangi ibu sendiri...begitulah boleh diumpamakan...tidak semestinya kita tidak sukakan pemerintah kita juga perlu untuk tidak menyukai negara...setiap orang mempunyai ciri2 pemerintah idaman masing2..begitu juga bagi pemerintah yang tidak mengamalkan islam secara total kita juga perlu membenci negara kita sendiri....tidak sama sekali...sebaliknya kita lebih perlu menyayangi negara kita bagi membolehkan kita mencapai pemimpin islam yang diidamkan bagi maslahat islam sendiri....
2 golongan yang mana baik maka baiklah umat.
 jika buruk maka buruklah umat iaitu ulama dan pemerintah
أذا صلحت صلحت الناس
أذا فسدت فسدت الناس
saya pun tak tahu nak gambarkan macam mana...nak tahu baca novel ni sendiri...boleh menangis dibuatnya...mengenangkan macam mana kehidupan kita di Malaysia dibandingkan dgn hidup rakyat Kemboja...memang syukur sangat2...

Harapan pengarang novel:
Dunia sentiasa aman, jauh dari peperangandan jauh dari segala kebencian, maka dunia akan selamat dihuni oleh sesiapa sahaja terutama kanak2...
Bacalah dengan mata hati dan mata akal...semoga anda akan melihat sesuatu di sebalik penceritaannya....
sama2lh kita ambil iktibar drp novel ILUS...slamat beramal^_^

No comments:

Post a Comment